Ya, periuk tekanan semakin mendapat sambutan. Kenapa semakin ramai suri rumah, pelajar dan malah ibu bapa yang bertukar kepada periuk ...
Ya, periuk tekanan semakin mendapat sambutan. Kenapa semakin ramai suri rumah, pelajar dan malah ibu bapa yang bertukar kepada periuk tekanan?
KN & AN ada buat sedikit kajian pada pengalaman sendiri dan survey bersama pengguna lain, tanya feedback mereka dan ini 8 senarai sebab kenapa kami & mereka suka menggunakan periuk tekanan Noxxa.
1. Ia Menjimatkan Masa, Masak Lebih Cepat
Kita selalu alami perkara ini, rushing balik dari tempat kerja pada waktu petang untuk sediakan makan malam untuk keluarga. Sudah la penat, nak memasak lagi... Untunglah mereka yang menggunakan periuk tekanan Noxxa. Masak nasi 7 minit, masak ayam 5 minit, masak sayur 2 minit.
Ia menjimatkan masa memasak sehingga 60% daripada kadar biasa. Campak, campur dan tinggalkan urusan memasak kepada Noxxa.
2. Nutrien Makanan Kekal Dengan Rasa Yang Enak
Semakin lama anda memasak makanan dan sayuran, semakin banyak nutrien yang baik akan terhapus! Oleh kerana memasak dengan periuk tekanan masakan lebih cepat siap, jadi kandungan nutrien hidangan anda masih banyak dan segar! Rasanya..emmm pasti enak dan jauh meresap ke dalam makanan.
3. Mudah Kemas Mudah Basuh
Oleh sebab anda memasak dengan satu periuk tekanan, jadi anda hanya perlu bersihkan satu peralatan sahaja. Masukan semua bahan ke dalam pot dan tunggu sehingga masak. Jadi anda berpeluang berehat lebih awal.
4. Makan Sedap Setiap Malam
Bagi yang suka makan nasi arab, ia adalah hidangan istimewa yang lazat. Masa menyediakan semua hidangan pun agak panjang dan biasa masak pada hari minggu atau hari cuti sahaja.
Dengan periuk tekanan, kini masa memasak dan persediaan hidangan semakin cepat! Anda boleh makan nasi arab tiap tiap malam jika mahu.
5. Jimat Tenaga Jimat Wang
AN pernah masak telur goreng selama 10 minit dengan dapur gas. Nak tahu kenapa lambat? Sebab api asyik menari-nari bila ditiup angin malam. Kami tingal di apartment tingkat 3, jadi memang selalu angin kencang.
Dengan periuk tekanan, anda tak perlu risau tentang bekalan gas, tiupan angin dan kos kos lain. Periuk takanan memasak dengan cepat, jadi lebih kurang tenaga yang digunakan. Anda lebih jimat daripada beli tong gas attau bayar elektrik berlebihan.
6. Memasak Dengan Nyaman Tanpa Rasa Bahang Dapur
Memang menjadi adat kalau check-in di dapur maka berpeluh panas la jawabnya. Mana kan tidak, menghadap api memasak, menggacau sup dan kerja-kerja dapur yang lain. Memang bau bawang+peluh la hasilnya.
Tapi anda boleh relak sikit dengan periuk tekanan Noxxa. Ini kerana ia menyimpan dan mengekalkan haba masakan dalam periuk dengan sistem penebat haba dalaman yang direka supaya pengeluaran haba ke persekitaran anda adalah minimum. Jadi haba tersebut digunakan sepenuhnya untuk memasak.
Bukan seperti dapur tungku gas, ia memanaskan dapur anda secara langsung. Kalau tinggal di kawasan salji mungkin nyaman dengan haba dapur. Tetapi tidak di negara kita.
7. Encik Abang Pun Rajin Memasak Sekarang
Lelaki & teknologi memang sukar dipisahkan (merujuk kepada suami KN). Lelaki sebenarnya kreatif, mereka lebih aktif bila berdamping dengan perkara melibatkan teknologi. Periuk Noxxa adalah gabungan teknologi mekanikal dan kawalan digital, ada butang dan fungsi canggih.
Jadi AN memang semangat bab-bab eksperimen masakan bersama teknologi :p. KN ada share dalam ruangan siapa kami (About) , AN yang semangat unboxing set periuk Noxxa bila sampai bulan 9, 2015.
Good news-nya adalah, boleh la buat sistem giliran memasak lepas ni. AN boleh je memasak sebenarnya, cuma dia tak rajin membasuh dan mengemas dapur je.. dengan periuk ni, kerja mengemas jadi ringan dan dia pun suka buka & pasang periuk Noxxa. Dah macam toy dia :p
8. Boleh Buat Stok Makanan Untuk Simpan Lama
Tau kan, kita boleh buat ikan seperti ikan sardin dalam tin dengan periuk Noxxa? Cuba check resepi KN share: Resepi Ikan Sardin Noxxa. Ya, banyak lagi yang boleh dilakukan sebenarnya.
Dengan fungsi masak dalam tekanan tinggi, bakteria dan kuman mudah dihapus, jadi makanan yang baru dimasak boleh terus dibekukan dalam bekas kedap untuk mengawet secara semulajadi. Jadi ia tahan lama dan boleh dipanaskan semula bila nak makan nanti.
Ok, semoga 8 senarai di atas beri faedah kepada anda semua. Jika ada penemuan baru, sudah tentu KN & AN akan kongsikan pada entri akan datang.
Stay delicious & healthy semua yea.. Selamat memasak!